Sunday, May 25, 2014

Konsep Dropship




Dropship bermaksud anda boleh menjual tanpa modal, tanpa risiko atau tanpa membeli dahulu stok. Anda dapatkan tempahan kemudian pembeli akan membayar kepada anda dan anda membayar pula kepada kami harga kos (harga dropship) dan untungnya anda ambil. Kami akan poskan order tersebut terus kepada pembeli.

Contoh penerangan konsep Dropship adalah seperti di bawah :

Langkah 1 :

Contoh Blouse Muslimah kod MA10

Harga Dropship : RM 54/sehelai

Harga Runcit Pasaran : RM 59/sehelai 

Langkah 2 :

Promosikan produk menggunakan gambar produk yang kami sediakan di laman web, blog, laman sosial, forum dan tempat-tempat lain yang bersesuaian untuk mendapat pelanggan.3. Anda boleh meletakkan harga jualan mengikut kehendak anda. Contohnya harga jualan anda RM59/ sehelai.

Langkah 3 :


Pembeli membayar kepada anda RM 65 (RM 59 + RM 6 kos pos).

Langkah 4 :

Anda buat pembayaran kepada kami. Bayar harga dropship RM 60 (RM 54 + RM 6 kos pos) sahaja.

Langkah 5 :


Anda membuat pesanan kepada kami (melalui borang pesanan).


Langkah 6 : 


Kami poskan pesanan pelanggan anda.


Langkah 7 :


Pembeli dapat produk, anda dapat untung RM 5 atas angin tanpa mengeluarkan sebarang modal, menyimpan stok, membungkus mahupun bersusah payah beratur di pejabat pos menghantar pesanan. Semuanya kami uruskan. 


Kredit:
http://dropshipborong.com/index.php?route=product/category&path=24

Saturday, May 17, 2014

Awas! Perfume tiruan ada campuran air kencing!!


Parfum dari Air Seni?, Percaya atau tidak? Ketika ini sebahagian besar parfume "palsu" ternyata terbuat dari urine atau air kencing. Majalah gaya hidup Harper's Bazaar yang telah 6 tahun rutin membahas barang-barang tiruan, dalam edisi bulan Januari kelmarin membahas tentang parfume palsu.
"Bahan-bahan aktif yang ditemukan dalam produk parfume  tiruan antara lain adalah urin, bakteria dan cairan anti beku (yang biasa dipakai untuk mesin)," kata Valeri Salembier, Wakil Presiden Senior dan Penerbit Harper's Bazaar.

"Anda menyapukan sesuatu di wajah, leher, dan pergelangan tangan. Semuanya itu adalah bahagian paling sensitif dari tubuh anda. Jadi jika ada bahan aktif berbahaya, bererti itu akan menjadi masalah serius bagi kesihatan," jelasnya.
Pihak berkenaan di Britain dan Ireland menguji parfume-parfume tiruan yang mereka sita. Hasilnya, mereka mendapati adanya air kencing dalam cairan parfume. Para pakar memperkirakan, air seni dipakai sebagai penstabil kadar asam dan untuk mengatur warna.

Ahli dermatologi Jeannette Graf dari Great Neck, New York, mengatakan, dirinya belum pernah melihat adanya reaksi dari parfume asli. Tapi parfume palsu boleh menimbulkan alergi di kulit atau membakar kulit." Orang akan mengatakan, hal yang berbeza tentang apa yang mereka rasakan setelah memakai produk itu. Mereka merasa seperti terbakar. Mereka melihat ada tanda-tanda kemerahan. Rasanya tidak nyaman, dan baunya aneh. Dan reaksi itu langsung boleh dirasakan," kata Graf.

Parfume palsu ada di mana-mana, tidak hanya di kios-kios pasar gelap yang menjual banyak barang tiruan. Sebahagian ada yang masuk ke kedai-kedai di pusat perbelanjaan. Selain itu juga banyak dijual melalui internet. Anda termasuk penggemar parfume tiruan ternama tapi berharga murah? Boleh jadi parfume anda mengandung air kencing.

Kredit:-
http://kilafairyblog.blogspot.com/2012/08/awas-perfume-tiruan-ada-campuran-air.html?m=1

Perbezaan Perfume original dan tiruan.


Ramai di antara pengguna tidak dapat membezakan sama ada perfume yang dijual itu original atau tiruan. Kebanyakan mereka yang menjual perfume di internet mahupun di luar boleh meletakkan perkataan 'ORIGINAL' dengan sesuka hati. 

Sebenarnya agak sukar juga untuk membezakannya kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh menghasilkan cetakan yang baik. Mereka mampu menghasilkan replika yang hampir serupa dengan perfume berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini.
Jika dilihat secara kasar, perfume tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan perfume original, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih teruk, harganya sama dengan yang original. Sebagai pengguna anda mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa perfume tersebut adalah tiruan. Jadi berhati-hati.
Penghasilan dan penjualan barangan tiruan adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia. Berjuta-juta barangan cetak rompak dikeluarkan dan dijual setiap tahun. Dianggarkan lebih 10% perfume di dalam pasaran adalah tiruan.
RISIKO KESIHATAN
Perfume tiruan tidak menjalani ujian standard keselamatan yang dimestikan kepada semua produk kosmetik seluruh dunia. Untuk mendapatkan harga yang murah, sudah tentulah kandungannya juga mengandungi bahan-bahan yang murah dan akan menyebabkan alahan kepada pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif dan mungkin juga boleh meninggalkan kesan kecacatan yang nyata.
BERHATI-HATI DENGAN STOK LAPUK ATAU SUDAH ROSAK
Perfume boleh rosak. Jangka masa untuk ia rosak bergantung kepada suhu, cahaya dan lama ia disimpan. Kadangkala apabila sesuatu kedai yang menjual perfume ditutup, mereka menjual stok perfume mereka yang sudah lama. Perfume-perfume yang sudah lapuk ini biasanya dijual di laman lelongan, kedai-kedai diskaun pada harga yang sangat-sangat murah. Jangan tertipu. Sentiasa pastikan yang penjual menjual perfume yang masih segar(baru), bukan stok lama.
Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah perfume tiruan atau original? Di sini kami akan memberikan tips mudah bagaimana untuk membezakan antara perfume original dan tiruan.
20 perkara yang harus diambil perhatian:
1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.
2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya. Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.
3. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam. Pembungkusannya amat teliti.
4. Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.
5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, Negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya sticker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.
6. Semak Nombor Batch.
7. Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.
8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design dan bentuk botol. Botol yang original adalah solid.
9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal....
10. Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.
11. Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.
12. Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.
13. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.
14. Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.
15. Bar Code. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.
16. Warna perfume. Semak warna perfume sama ada ia konsisten atau pun tidak.
17. Minyak berlebihan. Perfume yang original kurang berminyak.
18. Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia ;)
19. Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.
20. Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.
21. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.


Atau anda boleh cuba kaedah berikut:-

1. Ambil botol minyak wangi
2. Terbalikkan botol itu (Turn the bottle upside down)
3. Goncang laju-laju (Shake it)
4. Nanti akan keluar buih (Bubble will appear)
5. Apabila buih sudah keluar, lihat pula masa yang diambil untuk buih tersebut hilang.

Hypothesis : Semakin cepat buih hilang daripada pandangan mata anda, semakin tiruan perfume itu.

Penjelasan : Buih cepat hilang kerana ratio kandungan solute dan solution di dalam perfume itu adalah sangat berbeda. Dalam erti kata lain, perfume itu banyak di campur air. Kerana itu, ia dipanggil tiruan kerana ia cair dan tidak tahan lama. Jikalau minyak wangi@perfume original, buihnya mengambil masa yang agak lama untuk hilang kerana ratio kandungan solute dan solutionnya tidak jauh berbeda (pekat). 

Untuk melihat perbezaan yang ketara, sila bandingkan buih perfume RM35 dengan perfume RM260. Then you got what I mean. Selain itu, anda harus membandingkan perfume dengan perfume (EDP). Bukan perfume dengan Eau de Toilette (EDT) mahupun Body Mist. Ini kerana setiap satunya mempunyai concentration value yang berbeza.

 kredit : impianwanita.com / honeykoyuki

Istilah Minyak Wangi : Perbezaan di antara PARFUM, EDP, EDT & EDC



(Faktor Ketumpatan juga penentu harga sesuatu haruman)

Sering kita lihat banyak minyak wangi di pasaran dan kita juga terkadang kala keliru dengan istilah yang dicetak pada botol dalam minyak wangi ini. Ada istilah eau de perfume atau eau de toilette. Untuk itu kami ingin kongsikan sedikit sebanyak mengenai istilah minyak wangi ini agar memudahkan anda memilih jenis pewangi pada masa akan  datang.


Istilah Parfum / Minyak Wangi
Pada botol pewangi wangian sering tertulis label 'parfum', 'eau de parfum', 'eau de toillette' atau 'body splash'. Mungkin banyak dari Anda masih bingung, kandungan apakah itu dan berpengaruhkah pada ketahanan aromanya?

Label-label tersebut ternyata berkait rapat dengan kadar kandungan pati parfum. Semakin tinggi tingkat patinya, maka semakin lama pula wangian tersebut bertahan dan tentunya, semakin mahal harganya.

Parfum (Pure Perfume- Kadar Ketumpatan  patinya mencapai 16%-30%, dan asli tanpa campuran alkohol. PARFUM adalah pati minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. Tahan lebih lama sehingga 6-8 jam bergantung kepada jenis kulit.  Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama.

Jangan menyemburkan semburan parfum ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan noda. Cukup dengan oleskannya sedikit di nadi tangan dan belakang telinga.

Eau de Perfume -Kadar Ketumpatan patinya mencapai  8%-16%. EDP atau Eau De Parfum mengandungi pati yang kurang pekat daripada Parfum. Tahan sehingga 3-5 jam. Ia mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.

Eau de Toilette - Kadar Ketumpatan  patinya mencapai 5%-8%. EDT atau Eau De Toilette merupakan minyak wangi yang lazim didapati di pasaran. Tahan sehingga 2-4 jam. Wangian ini berada setingkat diatas cologne. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk banyak acara mahu pun saat bersantai bersama teman.

Eau de Cologne - -Kadar Ketumpatan patinya mencapai 3%-5%. EDC atau Eau De Cologne adalah minyak wangi yang paling lemah dan kebiasaannya dipasarkan kepada lelaki. Tahan sehingga 2 jam. Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain. Amat sesuai digunakan di bagian tubuh, untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum setelah mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.

Eau Fraiche / Body Splash
Eau Fraiche biasanya disebut dengan istilah Perfume BodyMist atau Body Splash. Ia memiliki kadar pati terendah di antara semua jenis parfum , dengan campuran kurang dari 3% dan bertahan hanya sekitar 1 jam saja.  Wanginya tidak bertahan lama dan cepat menguap, karena kadar alkoholnya yang tinggi. Sama seperti eau de cologne, body splash lebih sesuai dipakai untuk mengharumkan tubuh.


Kita sering menjumpai jenis EDP dan EDT. Perlu kita pahami bahwa tidak semua parfum tersedia dalam 2 jenis ini. Untuk parfum wanita sebagian besar berjenis EDP, sebaliknya untuk lelaki sebagian besar berjenis EDT.

Umumnya, parfum jenis EDP lebih tahan lama daripada EDT. Namun ketahanan aroma sebuah parfum dipengaruhi oleh banyak hal. Salah satunya jenis aroma dari parfum tersebut. Ada yang kuat, sedang, dan halus. Ada parfum berjenis EDP yang jenisnya halus, tentunya ia tidak akan bertahan lama. Banyak juga jenis EDT yang aromanya kuat sehingga aromanya bertahan lama.

Kebanyakkan  produk wangian mengandung alkohol. Jadi, semakin tinggi kadar kepekatan pati parfum semakin sedikit kadar alkoholnya. Karena sifat alkohol yang menguap, fungsi alkohol disini untuk membantu menyebarkan aroma parfum agar tercium oleh orang-orang di sekitar Anda.

Selain itu, walaupun kadar kepekatan pati parfum mempengaruhi berapa lama wangian dapat bertahan pada tubuh Anda,  Selain itu kondisi kulit kita juga mempengaruhi ketahanan parfum tersebut.  Misalnya, mereka yang memiliki kulit kering, wangian parfum akan lebih cepat berkurang berbanding mereka yang memiliki kondisi kulit berminyak. Kadar PH seseorang, juga akan mempengaruhi interaksi antara kulit dan parfum.



Itu sahaja lah yang dapat kami kongsikan berkenaan dengan istilah minyak wangi ini. Marilah kita sama-sama memahaminya agar dapat memudahkan kita dalam memilih wangian disamping mengetahui maksud istilahnya.